HOTTEST FOLLOWER ^_^

Friday, November 22, 2013

Resepi Salad Atkins ( DIET RENDAH KARBOHIDRAT )



SALAD AYAM untuk 1 orang lunch and dinner
bahan-bahan rebusan:
4 ketul ayam (tak kisah besar mana)
2sudu kecilserbuk rempah kegemaran (kurma/kari/tomyam/sup/dll)
bawang putih 2 ulas dihiris nipis
nak masukkan serai pun boleh tapi gee tak isi
garam
air untuk rebus

bahan-bahan salad:
daun salad (potong halus atau sederhana) / daun bayam
sengkuang (kalau tak isi tak ape)
timun batang (buang isi yang tengah, hiris nipis2)
mayonis
tofu telur/tofu biasa (kalau tofu biasa boleh campur dalam rebusan ayam tadi, belah dua je)

cara2
1. Panaskan air dalam periuk , bagi ayam tenggelam sudah 
2. Masukkan ayam dan rempah kegemaran . Bila gelegak masukkan bawang putih dan garam
(boleh letak garam ikut citarasa masing-masing , sebab nanti buang kuah , ambik ayam je) .
3.Bila ayam dah masak , masukkan bawang besar saiz sederhana tadi . kacau sekejap tutup api.
4. Toskan ayam dan buang kuah rebusan tadi.
5. Sediakan bahan2 untuk salad tadi, hidangkan ikut kreativiti anda .


Resepi Bunga kobis goreng kampung peganti nasi ATKINS (DIET RENDAH KARBOHIDRAT)

BUNGA KOBIS GORENG KAMPUNG A.KA PEGANTI NASI GORENG KAMPUNG

bahan-bahan rebus :
ayam 2 ketul
bunga kobis 1 mangkuk

bahan-bahan goreng:
2 biji cili (belah dua)
2 ulas bawang putih (cincang)
sayur sawi / daun bawang / kucai 1/2 cawan
tofu telur (setengah) / telur sebiji
ikan bilis
garam
minyak sedikit

cara :
1. rebuskan ayam dahulu dalam periuk tunggu ayam masak kemudian masukkan bunga kobis yang telah dikerat . tunggu bunga kobis empuk .
2. Tutup api dan toskan rebusan tadi . Bila dah tak panas asingkan ayam, ramas bunga kobis dalam penapis , supaya ia keluarkan air dan agak kering.
3. Panaskan kuali dengan minyak , tumis bawang putih, cili, ikan bilis . Tunngu ikan bilis garing sikit , masukkan ayam rebus dan goreng sebentar.
4. Campurkan tofu, bunga kobis yang telah diramas , dan sayur kegemaran ke dalam kuali . Goreng sebati ,kemudian perasakan dengan garam.
5. Siap untuk dihidangkan mengikut citarasa masing-masing.

Saturday, August 24, 2013

RESEPI PANCAKE OAT TANPA TELUR / RECIPE PANCAKE OAT WITHOUT EGG

Hi semua , hari ni aku nak share dengan resepi yang aku cuba masak pagi tadi untuk sarapan pagi. Resepi ni sesuai bagi mereka yang sedang berdiet dan jaga badan.
Jemu sarapan dengan empingan jagung , roti, biskut? boleh la cuba resepi yang ni, gerenti sedap dan senang aja..



Untuk 2 orang makan :
1 cawan quacker oat instant cook
air 3/4 cawan
sedikit hirisan halus lobak merah
secubit serbuk kulit kayu manis ( kalau tak nak letak pun tak apa )
satu sudu kecil gula merah / gula melaka
garam sedikit 
minyak zaitun 1 sudu
peanut butter untuk disapu setelah pankcake siap

Cara-cara:
1. Panaskan air 3/4 cawan di dalam periuk , masukkan gula merah . Kemudian tunggu air panas masukkan quacker oat tadi.
2. Kacau sebentar, pastikan quacker oat pekat ya taknak cair. Selepas itu, masukkan garam sedikit, dan serbuk kulit kayu manis, gaul lagi dan tutup api.
3. Masukkan lobak merah setelah api dipadamkan , kacau sehingga sebati . Dah siap proses pertama, jom goreng pankcake diatas kuali yang tak melekat .
4. Panaskan kuali non-stick , titiskan satu sudu minyak zaitun . Sekarang isikan quacker oat yang telah kita proses tadi ke dalam kuali non-stick . Memang payang nak membentuk sebab ia melekat-lekat . 
5. Cuba bentukkan sedikit ikut cita rasa anda, nak bulat atau bujur atau petak. bila dah garing sebelah kita pusing , dan tekan pancake bagi nipis sedikit.
6. Bila dua-dua belah pancake dah garing sedikit, ia siap sudah dan boleh dihidangkan. Boleh sapu dengan peanut butter . Wallahhh.. simple dan sihat.

Tuesday, July 23, 2013

RESEPI KEBAB AYAM SPECIAL SWEET & SIMPLE


Hello semua..., semua? Ade ke yang sudi baca blog aku ni? Hehh .. kalau ada sudi membaca terima kasih ye.

Marilah kita mengasah bakat masak dan berkongsi-kongsi resepi yang mudah dan lazat berkrim ini. Aku buat resepi ni sebab berazam tak nak makan nasik, jadi inilah menu terbaik untuk berbuka puasa, ada sayur, ada ayam, roti arab . 

Resepi kebab ayam manis ni senang aje tau tak dan setengah jam pun dan siap inti dia , yang pastinya inti kebab ni manis bukan manis gila ye, manis-manis macam satey gitu. kalau tak suka manis boleh kurangkan gula.

Jom try resepi Kebab Ayam Special Sweet And Simple :

Perap bahan ini sebelum memotong bahan-bahan lain :
Dada ayam yang dicincang sederhana
Suku sudu teh kunyit sebuk
Air bagi tenggelam ayam je, tak perlu banyak
Gula pasir dalam 5sudu besar
(perap sekejap je ni, selepas ni anda perlu memotong bahan-bahan lain)

Bahan-bahan:
Roti arab / roti pita di belah dua dan dihiris tengah ( jadi macam poket doremon )
Mayonis untuk disapu dalam poket roti
3 ulas bawang putih dicincang
2 biji bawang kecil dicincang
Minyak untuk menumis sedikit sahaja
4 sudu besar sos cili 
3 sudu besar sos bbq ( aku guna jenama life)
3 sudu besar sos lada hitam ( pun guna jenama life )
garam secukup rasa

Sayur:
Mentimun batang separuh dihiris panjang-panjang
Tomato sebiji di potong dadu
Daun salad dihiris halus-halus ( dalam 2 helai jika daun besar )
Nak tambah sayur lain boleh je , tapi aku guna yang di atas aje .

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga layu.
2. Masukkan ayam yang telah diperap sebentar tadi dengan air perapan sekali ye, jangan buang tau.
3. Tunggu daging ayam masak sekejap , kemudian masukkan sos cili, sos bbq serta sos lada hitam . Tak lupa juga, perasakan dengan sedikit garam.
4. Dah siappp!! biar kuah kering ye, kalau nak basah sikit pun tak apa atas selera masing. Tutup api tunggu dalam 5minit bagi kurang panas kemudian masukkan sayur-sayur yang telah dipotong tadi . Kacau-kacau bagi layu tanpa api ye .
5. Senang bukan? Inti dah siap , buka poket roti pita / roti arab yang telah disapu dengan mayonis dan sumbatkan inti kedalamnya. Dah boleh dimakan .. yummy-yummy ...

Sunday, March 3, 2013

Kucing KesayanganKu Oyen Yang Telah Pergi


Salam semua kali ni nak cerita sedikit pasal kucing kesayangan saya ~ sediakan tisu sekotak :'(
Kucing ni saya dan encik suami yang kutip tepi parit besar jalan nak pergi Batu 6 Gong Badak Kuala Terengganu lebih kurang 8 bulan yang lalu. 

Masa jumpa tu dia tengah main tepi parit seekor sahaja, jadi suami berhentikan motor, saya ambik dan pegang dia risau kalau dia jatuh dalam parit yang besar tu. Tak berhenti-henti bunyi kucing ni tapi bukan bunyi miaow miaow agak lain bunyi, ekkk ekk ekk sangat unik bila dengar dia bunyi macam tu. 

Kami tengok sekitar situ tidak ada kelibat kucing-kucing lain, jadi suami suruh bawak balik , dan kami buat keputusan membela dan memberi namanya Oyen . Bermulalah kehidupan Oyen bersama kami dirumah , Oyen tidak pandai membersihkan diri, kutu banyak dibadan saya memandikannya sehingga wangi dan bersih. Oyen sangat bijak walau dia tidur dalam bilik kami (memandangkan tiada sangkar) , Oyen tidak membuang merata-rata sebab saya sediakan bakul dan lapik plastik didalam bakul serta gumpalkan surat khabar kecil-kecil untuk Oyen. 

Seperti menjaga bayi, kalau Oyen membuang malam-malam di dalam bakul, saya akan bangun dan membuang najis dia. Oyen sangat dimanjakan oleh suami, dia selalu dapat makan makanan wet food bertuah Oyen kami sayangkan Oyen !! Oyen tak berapa pandai minum air kosong dalam mangkuk, setiap kali minum mesti terbahak.

Semasa suami kerja di Pasir Gudang saya masih dirumah Terengganu, Oyen bagaikan anak menemani saya siang malam di dalam bilik , sungguh tidak banyak kerenah untuk menjaganya . Bila dia meningkat sedikit dewasa kalau bergurau dengan Oyen dia guna kuku dan saya cakap "Oyen jangan guna kuku, sakitla.." dengan nada tegas tapi bukan marah , serta merta dia akan sorok kukunya semula dan sambung bermain dengan tangan saya.

Oyen tidur selalu mulut ternganga, dan  keluar air liur basi. Dia suka tidur di celah lengan atau di celah kaki . Pernah 1 hari sedang dia tidur saya dan suami panggil nama, Oyen automatik bangun kepala sambil mata tertutup dan seperti mengigau, suami tergelak lama tengok kerenah Oyen seakan-akan seperti budak kecil.
OYEN TIDUR MULUT TERNGANGA

Selepas Oyen membesar dan dalam proses matang, awal bulan 1 hari tu dia tengah heat nak cari kucing betina. Last saya nampak Oyen selepas dia cuba mengorat ibu angkat sendiri di tepi rumah , (ibu kucing tu, kucing saya juga) . 1 hari Oyen tak balik saya gelisah tuhan saja yang tahu, Oyen walau dia keluar, dia akan balik makan bila petang atau magrib. Setelah 2 hari Oyen tak balik saya mula rasa sebak dan rindu dengan suara Oyen yang tidak seperti kucing lain . Saya menangis agak teruk, suami pujuk saya, saya ok sekejap je, saya akan belek gambar-gambar Oyen yang dari kecil sampai besar. 

Saya mencari di halaman, memanggil-manggil nama Oyen namun masih tidak kelihatan. Hari ke 4 saya dan suami keliling Taman mencari Oyen. Tak mungkin Oyen duduk dirumah orang yang tidak dikenali sebab memang dia takut dengan orang lain. Jika ada tetamu dirumah dia akan berkurung dalam bilik sahaja , atau tidak naik terus kedalam rumah,selepas tetamu pulang baru Oyen berani duduk di ruang tamu.

Saya sedih bila kehilangan kucing sebaik Oyen, sampai sekarang saya berharap agar Oyen balik. Hati agak sebak melihat bakul tempat dia selalu tidur, dari kecil sampai besar walau tak berapa muat dia tidur jugak dalam bakul tu.


dan dibawah gambar Oyen yang lain :

minum air susu

Oyen teman saya buat kerja

Oyen dah besar :'( Rindu sangat nak peluk

Resepi Ayam Goreng Ala KFC Rangup Dan Mudah

Hari ni nak kongsi resepi ayam kfc home made yang sangat mudah, masa mula-mula buat seekor ayam habis licin tau . Suami puji rasa sebijik macam ayam KFC hehe alhamdulillah suami suka saya tersenyum je, suka bila tengok orang yang kita sayang makan masakkan kita kan?? Opss.. Bukan encik suami yang makan semua, adik ipar n mak mertua pun makan jugak termasuklah saya.

Malas nak menaip panjang-panjang, jom kita cuba resepi di bawah ni, selamat masak memasak :3




Perap untuk sejam:
1 ekor ayam potong
7 ulas bawang putih tumbuk
2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
garam secukup rasa
secubit soda bikarbonat
1biji telur


Cara-cara:
1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan
perap tadi.
2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.
3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam
bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut
telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut
rata . .tidak mengotorkan tangankan? :3
4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam
tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi masing-masing ya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...