HOTTEST FOLLOWER ^_^

Saturday, December 15, 2012

RESEPI NASI AYAM BEST DAN MUDAH/ NASI AYAM SIMPLE ♥ ♥ ♥

Hi dan terima kasih pada yang membaca blog Gee ♥ ♥ ♥
 Kali ni Gee akan kongsi resepi nasi ayam yang Gee ubah resepinya sedikit  , nasi ayam ni menjadi kegemaran encik suami . Yela sekali buat dalam sehari mau 4 kali makan menambah ! hehe .. seronok kita tengok orang yang kita sayang makan kenyang-kenyang hasil dari tangan kita sendiri . Masa Gee masak nasi ayam ni tak lama pun dalam 40 minit je sangat-sangat senang . Kiranya resepi nasi ayam paling mudah dalam abad ini hahaha boleh ke macam tu?? heee

Ok ni la rupa nasi ayam terbabit , gambar sup ada tapi malas nak letak sebab capture dalam mangkuk besar , jadi tak berapa nak lawa .. ( tak lawa tak apa janji sedap ) hahaha puji diri sendiri sekejap .
yummy yummy keroncong perut nampak gamabr nasi ayam ni .. hehe

Ok ni resepinya , insyallah sedap kalau buat dengan kasih sayang ♥ ♥ ♥
3-4 orang makan
TANAK NASI :
~ Bawang kecik 3 biji jika tak ada boleh guna bawang besar warna merah 1 biji
~ Bawang putih 4 ulas 
~ Halia 2 cm ( sedikit je )
[KISARKAN BAHAN DI ATAS]
~ 2 pot beras ( tin sardin pot yang sedarhana tu )
~ Majerin daisy ( untuk menumis )
~ 2 kiub pati ayam Knor ( di cairkan dalam periuk lain besama 4 cawan air )
~ 1 helai daun pandan 
~ Secubit garam mengikut citarasa masing - masing

Cara-cara :
1. Panaskan periuk di atas dapur , ( nak guna rice cooker pun boleh tapi Gee suka guna atas dapur gas ) masukkan majerin dan bahan yang telah di kisar tadi dengan api yang serdahana. 
2. Tumis sebentar sampai baunya wangi , masukkan daun pandan pula yang telah di kerat dua bahagian dan di ikat .
3. Kemudian masukkan beras yang telah di tos kedalam periuk , gaul sekejap .
4. Masukkan air kiub pati ayam knor ke dalam periuk , ( jika beras yang anda guna jenis keras sila tambah air ye)
5. Campurkan dengan secubit garam kemudian gaul dan tanak nasi seperti tanak nasi putih . Tunggu sampai masak .

AYAM :
1/2 ekor ayam sedarhana
1 kiub pati ayam knorr
4 hiris halia 
2 sudu maggi cukup rasa
Garam ( atas masing2 kalau nak masin ayam tu tambah garam banyak sikit tapi elok sedarhana je kan??)
Air
CARA:
1. Isi air dalam periuk sedikit kemudian masukkan ayam ( biar ayam tu tenggelam sedikit )
2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan tunggu sampai masak . Kalau dah masak toskan ayam tapi letak dalam periuk boleh jugak . Nak makan panas boleh perangatkan semula .

SUP AYAM :
1 biji Bunga lawang
1/2 kulit kayu manis
2 biji pelaga
5 biji bunga cengkih
Bawang kecil 1 atau 2 biji dicincang
Bawang putih 2 ulas dicingcang
Sedikit minyak masak
[ BAHAN DI ATAS UNTUK TUMIS ]
~Kaki ayam lebihan ayam tadi / tengkuk ayam ( nak letak boleh taknak pun tak apa )
1 kiub pati ayam knorr
Air
Garam sedikit
Gula sedikit

CARA: 
1. Tumiskan bahan tadi dalam periuk yang diisi sedikit minyak hingga wangi.
2. Masukkan dalam 3 cawan air , masukkan ayam , kiub pati ayam knorr gula dan garam tunggu sehingga masak.

SOS KICAP SPECIAL :
4 ulas bawang putih
3 biji bawang kecil
3 biji cili padi
[ BAHAN DI ATAS UNTUK DI KISAR ]
kicap
Garam
Gula
Minyak untuk tumis

CARA :
1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak tumis bahan yang telih dikisar hingga wangi .
2 . Masukkan kicap , gula dan garam mengikut citarasa masing masing . Tunggu sampai gelegak dan agak pekat , dah siap !! Nak gantikan gula dengan madu pun ok je

SOS CILI NASI AYAM :
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang kecil
4 biji lada merah besar
2 sudu cuka @ limau nipis
Gula
Garam .

CARA :
1. Kisarkan semua bahan di atas di dalam pengisar , jika rasa pekat nak tambah air sila tambah sedikit je dengan air panas atau air yang dah di masak. Siap ! hehe

Pastu macam biasa la hidangkan dengan ulam2 nasi ayam seperti , salad, tomato, timun batang , dan daun sup jangan lupa nanti boleh letak dalam sup yang kita nak makan dengan nasi ayam tu .
WALAAA !!! CUBA LA BUAT NASI AYAM SIMPLE DAN BEST NI =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...