HOTTEST FOLLOWER ^_^

Saturday, December 15, 2012

RESEPI NASI AYAM BEST DAN MUDAH/ NASI AYAM SIMPLE ♥ ♥ ♥

Hi dan terima kasih pada yang membaca blog Gee ♥ ♥ ♥
 Kali ni Gee akan kongsi resepi nasi ayam yang Gee ubah resepinya sedikit  , nasi ayam ni menjadi kegemaran encik suami . Yela sekali buat dalam sehari mau 4 kali makan menambah ! hehe .. seronok kita tengok orang yang kita sayang makan kenyang-kenyang hasil dari tangan kita sendiri . Masa Gee masak nasi ayam ni tak lama pun dalam 40 minit je sangat-sangat senang . Kiranya resepi nasi ayam paling mudah dalam abad ini hahaha boleh ke macam tu?? heee

Ok ni la rupa nasi ayam terbabit , gambar sup ada tapi malas nak letak sebab capture dalam mangkuk besar , jadi tak berapa nak lawa .. ( tak lawa tak apa janji sedap ) hahaha puji diri sendiri sekejap .
yummy yummy keroncong perut nampak gamabr nasi ayam ni .. hehe

Ok ni resepinya , insyallah sedap kalau buat dengan kasih sayang ♥ ♥ ♥
3-4 orang makan
TANAK NASI :
~ Bawang kecik 3 biji jika tak ada boleh guna bawang besar warna merah 1 biji
~ Bawang putih 4 ulas 
~ Halia 2 cm ( sedikit je )
[KISARKAN BAHAN DI ATAS]
~ 2 pot beras ( tin sardin pot yang sedarhana tu )
~ Majerin daisy ( untuk menumis )
~ 2 kiub pati ayam Knor ( di cairkan dalam periuk lain besama 4 cawan air )
~ 1 helai daun pandan 
~ Secubit garam mengikut citarasa masing - masing

Cara-cara :
1. Panaskan periuk di atas dapur , ( nak guna rice cooker pun boleh tapi Gee suka guna atas dapur gas ) masukkan majerin dan bahan yang telah di kisar tadi dengan api yang serdahana. 
2. Tumis sebentar sampai baunya wangi , masukkan daun pandan pula yang telah di kerat dua bahagian dan di ikat .
3. Kemudian masukkan beras yang telah di tos kedalam periuk , gaul sekejap .
4. Masukkan air kiub pati ayam knor ke dalam periuk , ( jika beras yang anda guna jenis keras sila tambah air ye)
5. Campurkan dengan secubit garam kemudian gaul dan tanak nasi seperti tanak nasi putih . Tunggu sampai masak .

AYAM :
1/2 ekor ayam sedarhana
1 kiub pati ayam knorr
4 hiris halia 
2 sudu maggi cukup rasa
Garam ( atas masing2 kalau nak masin ayam tu tambah garam banyak sikit tapi elok sedarhana je kan??)
Air
CARA:
1. Isi air dalam periuk sedikit kemudian masukkan ayam ( biar ayam tu tenggelam sedikit )
2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan tunggu sampai masak . Kalau dah masak toskan ayam tapi letak dalam periuk boleh jugak . Nak makan panas boleh perangatkan semula .

SUP AYAM :
1 biji Bunga lawang
1/2 kulit kayu manis
2 biji pelaga
5 biji bunga cengkih
Bawang kecil 1 atau 2 biji dicincang
Bawang putih 2 ulas dicingcang
Sedikit minyak masak
[ BAHAN DI ATAS UNTUK TUMIS ]
~Kaki ayam lebihan ayam tadi / tengkuk ayam ( nak letak boleh taknak pun tak apa )
1 kiub pati ayam knorr
Air
Garam sedikit
Gula sedikit

CARA: 
1. Tumiskan bahan tadi dalam periuk yang diisi sedikit minyak hingga wangi.
2. Masukkan dalam 3 cawan air , masukkan ayam , kiub pati ayam knorr gula dan garam tunggu sehingga masak.

SOS KICAP SPECIAL :
4 ulas bawang putih
3 biji bawang kecil
3 biji cili padi
[ BAHAN DI ATAS UNTUK DI KISAR ]
kicap
Garam
Gula
Minyak untuk tumis

CARA :
1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak tumis bahan yang telih dikisar hingga wangi .
2 . Masukkan kicap , gula dan garam mengikut citarasa masing masing . Tunggu sampai gelegak dan agak pekat , dah siap !! Nak gantikan gula dengan madu pun ok je

SOS CILI NASI AYAM :
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang kecil
4 biji lada merah besar
2 sudu cuka @ limau nipis
Gula
Garam .

CARA :
1. Kisarkan semua bahan di atas di dalam pengisar , jika rasa pekat nak tambah air sila tambah sedikit je dengan air panas atau air yang dah di masak. Siap ! hehe

Pastu macam biasa la hidangkan dengan ulam2 nasi ayam seperti , salad, tomato, timun batang , dan daun sup jangan lupa nanti boleh letak dalam sup yang kita nak makan dengan nasi ayam tu .
WALAAA !!! CUBA LA BUAT NASI AYAM SIMPLE DAN BEST NI =D

Friday, March 23, 2012

SHOPPAHOLIC ZONE!!

HI ALL, 
SESIAPA YANG SUKA MEMBELI BELAH SECARA ONLINE PASTI TERCARI-CARI MANA
NAK BELI BERBAGAI-BAGAI PRODUK, SO I PROMOTE THIS SHOP GDOLLY SHOP II , SURE U ALL AKAN LIKE =]

ANTARA PAGES-PAGES FACEBOOK SHOP ONLINE PEMILIK ADALAH :

GDOLLY BARBIE EYE LENS (JUST CLICK PADA GAMBAR) :
THIS PAGES SELLING KOREA CONTACT LENS, BIG2 EYE ^^
SO PADA YANG NAK MATA ALA2 HELIZA HELMI LEH SHOPPING AT THIS PAGES

PAGES KEDUA :
GDOLLY SHOPPE:
PADA PAGES NI U ALL BOLEH SHOPPING BARANG KECANTIKKAN DALAMAN DAN LUARAN YANG PASTINYA HARGA BERBALOI2 .. BUY MORE LESS MORE, JAMU, UBAT2 HERBA SEDIA DI JUAL, READY STOCK =]

PAGES KETIGA:
GDOLLY COLLECTION:
CLICK PADA PICTURE
AND LAST THIS PAGES KHAS UNTUK BAKAL2 PENGANTIN DAN BUTIK2 PENGANTIN
 UNTUK SHOPPING ONLINE, BAJU PENGANTIN YANG HARUS DI TEMPAH TERLEBIH DAHULU, DARI GAUN, KE BAJU KEBAYA PENGANTIN, HIJAB EXCLUSIVE, ALA-ALA ABRABIAN HIJAB, SEMUA ADA, BAJU U ALL BOLEH REQUEST MENGIKUT CUTTING BODY MASING2 DARI SAIZ XS UNTIL XXXXXL ,, SO TAK ADA MASALAHKAN NAK NAMPAK CANTIK MASA HARI PERKAHWINAN NANTI, TAK PAYAH SAKIT2 KEPALA NAK CARI KEDAI, SEMUA BOLEH DENGAN 1 CLICK ONLINE SHOPPING =]

JOM FOLLOW BLOG GDOLLY SHOP:
KAT SINI U ALL BOLEH TENGOK STOCK LIST FOR BARBIE CONTACT LENS..
AND BOLEH TENGOK BARANG2 LAIN YANG DI JUAL OLEH OWNER TERSEBUT =]
http://gdollylens.blogspot.com/ CLICK IT >.< FOLLOW IT

FACEBOOK GDOLLY SHOP:



Tuesday, February 14, 2012

MY SWEET DAY ( ENGAGED DAY)

TADAAA CUPCAKE YANG LEBIH UNTUK HANTAR PADA PIHAK LELAKI ^^

YAYA MY DESIGN ^^ SPECAIL FOR HIM
CUPCAKE YANG CUTE HANTARAN UNTUK PIHAK LELAKI

SEBAHAGIAN DARI HANTARAN MASA HARI BERTUNANG
COOKIES
BAJU MELAYU
SIRIH JUNJUNG
BUAH-BUAHAN
CINCIN
COKLAT
TUALA
CUPCAKE
BUNGA RAMPAI 
^^y
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...