Hi semua entry kali ini aku nak share pengalaman azab sakit lutut sebab berat badan naik, yaa..... Aku pernah sakit lutut sebab makan tak terkawal jadi belon, kemudian jaga makan, lepas tu terbabas lagi, sekarang sakit lutut muncul kembali uwaaa...
Sekarang ni aku jaga makan sikit-sikit nak tak nak kene turunkan berat badan, tulang pun tak mampu tanggung lemak-lemak kesayangan aku ni. Agak sukar sebabnya aku puny tidur tak macam manusia normal, tidur lepas subuh, breakfast skip , macam mana nak buat??? Kurangkan makan berlemak lah nampak gayanya. Ehhhh panjang pulak cerita kan, nak share supplement yang aku ambil masa tengah sakit ni . ( Sila rujuk doktor masing-masing )
Aku dah rujuk doktor dan dapat saranan perlu ambil supplement untuk lutut yang merana ni. Sakit dia gais, macam kau laga-laga kan gigi sakit tanpa ada bendalir, dia bergesel, macam lulut kau zero tak ada bendalir, bila bergerak banyak rasa panas , ngilu, sakit . Paling susah nak bangun dari sujud, kau kena gagahkan pakai tangan, ngilu sangat-sangat .
Aku pun buatlah research sikit dengan bantun encik google, kemudian aku ambil keputusan nak cuba brand kordels , yang aku beli dua jenis , kordels eggshell membrane dan kordels jflexi. Dua-dua ni aku order dari shopee.
Aku punya review kordels jflexi ni , makan sekali sehari , just ambil sebiji pagi sebelum makan, secara ajaib atas kuasa Allah SWT hari ketiga aku rasa geseran dekat lutut makin kurang,
Kemudian sampai pulak kordels eggshell membrane.
Review kordels eggshell membrane , aku ambil hari ketiga tu , pagi telan kordels jflexi , petang makan kordels eggshell sebiji, alhamdulillah , serasi dengan aku, rasa lega lutut, kurang sakit sendi dan sekarang aku masih ambil lagi kedua dua supplement ni.
So korang boleh cuba dua supplement ni atau cari supplement yang serasi , aku baru je order garam epsom dan cuka epal untuk lutut ni jugak, harap-harap hilang sakit ni 100% , pemakanan pun kena jaga, nak cari kaki ayam, dalam kaki ayam banyak collagen, supaya lutut dah tak bunyi kruk krek kruk krek macam engsel pintu whahaha.