HOTTEST FOLLOWER ^_^

Monday, December 30, 2019

Ubat sakit lutut berkesan



Hi semua entry kali ini aku nak share pengalaman azab sakit lutut sebab berat badan naik, yaa..... Aku pernah sakit lutut sebab makan tak terkawal jadi belon, kemudian jaga makan, lepas tu terbabas lagi, sekarang sakit lutut muncul kembali uwaaa...

Sekarang ni aku jaga makan sikit-sikit nak tak nak kene turunkan berat badan, tulang pun tak mampu tanggung lemak-lemak kesayangan aku ni. Agak sukar sebabnya aku puny tidur tak macam manusia normal, tidur lepas subuh, breakfast skip , macam mana nak buat??? Kurangkan makan berlemak lah nampak gayanya. Ehhhh panjang pulak cerita kan, nak share supplement yang aku ambil masa tengah sakit ni . ( Sila rujuk doktor masing-masing )

Aku dah rujuk doktor dan dapat saranan perlu ambil supplement untuk lutut yang merana ni. Sakit dia gais, macam kau laga-laga kan gigi sakit tanpa ada bendalir, dia bergesel, macam lulut kau zero tak ada bendalir, bila bergerak banyak rasa panas , ngilu, sakit . Paling susah nak bangun dari sujud, kau kena gagahkan pakai tangan, ngilu sangat-sangat .

Aku pun buatlah research sikit dengan bantun encik google, kemudian aku ambil keputusan nak cuba brand kordels , yang aku beli dua jenis , kordels eggshell membrane dan kordels jflexi. Dua-dua ni aku order dari shopee.


Aku punya review kordels jflexi ni , makan sekali sehari , just ambil sebiji pagi sebelum makan, secara ajaib atas kuasa Allah SWT hari ketiga  aku rasa geseran dekat lutut makin kurang, 
Kemudian sampai pulak kordels eggshell membrane. 

Review kordels eggshell membrane , aku ambil hari ketiga tu , pagi telan kordels jflexi , petang makan kordels eggshell sebiji, alhamdulillah , serasi dengan aku, rasa lega lutut, kurang sakit sendi dan sekarang aku masih ambil lagi kedua dua supplement ni.

So korang boleh cuba dua supplement ni atau cari supplement yang serasi , aku baru je order garam epsom dan cuka epal untuk lutut ni jugak, harap-harap hilang sakit ni 100% , pemakanan pun kena jaga, nak cari kaki ayam, dalam kaki ayam banyak collagen, supaya lutut dah tak bunyi kruk krek kruk krek macam engsel pintu whahaha.

Wednesday, March 20, 2019

Kedai unicorn TERMURAH di Malaysia ?

Hi semua , ada yang gilakan unicorn tak? Meh aku nak story sikit , kedai unicorn online termurah dimalaysia . Online kan senang even kalau tinggal di sabah atau sarawak boleh beli dan pos pakai pos laju hehe . 

Hahhh tu dia orang kedah kata besaq baq hang... Patung unicorn pelbagai size dari sebesar tapak tangan sampai besar dari orang semua ada , terbaru dan comel-comel kalau dah start masuk instagram ni bawa bertenang ye . 

Perkenalkan instagram unicornbae.my . Trusted seller online 100% . Pelbagai jenis unicorn bukan saja patung , bag , kasut , langsir , cadar dan banyak lagi tau . Tak caya? Tengok gambar di bawah untuk cuci mata ok .

Size comel ni RM20 je gaiss ... !

Cute macam ni start dari harga RM25 jee...!






Ha rambang mata ke tak? Ini baru sikit dah nak histeria ... Haha... Okay boleh terus masuk ke instagram unicornbae.my dan shopping ye . 

Ini dia instagram unicorn shop malaysia unicornbae.my 🦄

Ok aku sharekan sekali testimoni customer dibawah .





cara tracking nombor pos laju / cara tracking abx express




salam semua dah berhabuk blog ni, ok hari ni aku share cara nak tracking nombor pos laju .
sebelum tu mesti tertanya, apa benda nombor tracking tu?? okay setiap pembelian online ada nombor tracking di borangnya , tak kisah kau guna skynet ke, gdex ke , kurier apa pun harus ada nombor tracking. nombor tracking adalah sistem untuk jejak dekat mana barang yang korang beli . bila tarikh penjual pos ? dia dah sampai ke daerah kau ke belum?? semua detail kau boleh check supaya tak termiss bila abang pos laju nak hantar barang . 

1. ini nombor tracking pos laju , penjual akan bagi nombor tracking ni supaya mudah kerja kau nak check delay ke tersangkut dekat pokok ke :P


2 . masuk ke laman web www.tracking.my  , isikan nombor tracking di dalam kolum dan click search , seperti gambar dibawah .

3. Akan keluar detail lengkap dimana barang korang berada , seperti contoh di bawah , barang telah diterima oleh pemiliknya bernama syafina , bila tracking korang nampak ada tulis OUT FOR DELIVERY , bersiap sedia tunggu abang pos laju nak hantar barang korang , so tak adalah gelabah sangat kan , get ready dah . jika tunggu masih tak ada delivery segera ke pos laju / pejabat pos berdekatan dan bawa tracking number sebagai rujukkan  .


4. ini aku sertakan contoh detail yang boleh kau baca, bila masa penjual pos barang kau , siap ada tarikh dan masa dan perjalanan barang ke negeri kau . 
5 . ok mudahkan? jika ada delay atau barang tak bergerak sila terus call pos malaysia dan berurusan dengan mereka , ketahuilah penjual hanya menunaikan tanggungjawab pos sehingga ke kaunter pos laju / pejabat pos sahaja , yang membuat penghantaran adalah pihak pos malaysia . ini nombor customer service pos malaysia 1-300-300-300 , tapi aku sarankan walk in terus sebab susah jugak nak contact mereka . 

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️


Cara tracking abx express 

1. Sama juga dengan kaedah tracking pos laju , cuma dia hanya ada number tak ada huruf .

Tracking number di bawah barcode dalam bulatan purple .

2. Masukkan tracking number abx express dekat www.tracking.my . Kemudian click search , nanti keluar segala detail perjalanan barang korang ya .

3. Courrier swasta macam abx express , skynet , gdex kadang-kadang di sesetengah kawasan mereka tak masuk ya dan pakai agent , so jika ada sebarang delay , korang tracking barang still stuck dekat daerah korang , call pihak courrier atau terus walk in dan bagi no tracking sebagai rujukkan di kaunter ya .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...