Salam semua kali ni nak cerita sedikit pasal kucing kesayangan saya ~ sediakan tisu sekotak :'(
Kucing ni saya dan encik suami yang kutip tepi parit besar jalan nak pergi Batu 6 Gong Badak Kuala Terengganu lebih kurang 8 bulan yang lalu.
Masa jumpa tu dia tengah main tepi parit seekor sahaja, jadi suami berhentikan motor, saya ambik dan pegang dia risau kalau dia jatuh dalam parit yang besar tu. Tak berhenti-henti bunyi kucing ni tapi bukan bunyi miaow miaow agak lain bunyi, ekkk ekk ekk sangat unik bila dengar dia bunyi macam tu.
Kami tengok sekitar situ tidak ada kelibat kucing-kucing lain, jadi suami suruh bawak balik , dan kami buat keputusan membela dan memberi namanya Oyen . Bermulalah kehidupan Oyen bersama kami dirumah , Oyen tidak pandai membersihkan diri, kutu banyak dibadan saya memandikannya sehingga wangi dan bersih. Oyen sangat bijak walau dia tidur dalam bilik kami (memandangkan tiada sangkar) , Oyen tidak membuang merata-rata sebab saya sediakan bakul dan lapik plastik didalam bakul serta gumpalkan surat khabar kecil-kecil untuk Oyen.
Seperti menjaga bayi, kalau Oyen membuang malam-malam di dalam bakul, saya akan bangun dan membuang najis dia. Oyen sangat dimanjakan oleh suami, dia selalu dapat makan makanan wet food bertuah Oyen kami sayangkan Oyen !! Oyen tak berapa pandai minum air kosong dalam mangkuk, setiap kali minum mesti terbahak.
Semasa suami kerja di Pasir Gudang saya masih dirumah Terengganu, Oyen bagaikan anak menemani saya siang malam di dalam bilik , sungguh tidak banyak kerenah untuk menjaganya . Bila dia meningkat sedikit dewasa kalau bergurau dengan Oyen dia guna kuku dan saya cakap "Oyen jangan guna kuku, sakitla.." dengan nada tegas tapi bukan marah , serta merta dia akan sorok kukunya semula dan sambung bermain dengan tangan saya.
Oyen tidur selalu mulut ternganga, dan keluar air liur basi. Dia suka tidur di celah lengan atau di celah kaki . Pernah 1 hari sedang dia tidur saya dan suami panggil nama, Oyen automatik bangun kepala sambil mata tertutup dan seperti mengigau, suami tergelak lama tengok kerenah Oyen seakan-akan seperti budak kecil.
OYEN TIDUR MULUT TERNGANGA
Selepas Oyen membesar dan dalam proses matang, awal bulan 1 hari tu dia tengah heat nak cari kucing betina. Last saya nampak Oyen selepas dia cuba mengorat ibu angkat sendiri di tepi rumah , (ibu kucing tu, kucing saya juga) . 1 hari Oyen tak balik saya gelisah tuhan saja yang tahu, Oyen walau dia keluar, dia akan balik makan bila petang atau magrib. Setelah 2 hari Oyen tak balik saya mula rasa sebak dan rindu dengan suara Oyen yang tidak seperti kucing lain . Saya menangis agak teruk, suami pujuk saya, saya ok sekejap je, saya akan belek gambar-gambar Oyen yang dari kecil sampai besar.
Saya mencari di halaman, memanggil-manggil nama Oyen namun masih tidak kelihatan. Hari ke 4 saya dan suami keliling Taman mencari Oyen. Tak mungkin Oyen duduk dirumah orang yang tidak dikenali sebab memang dia takut dengan orang lain. Jika ada tetamu dirumah dia akan berkurung dalam bilik sahaja , atau tidak naik terus kedalam rumah,selepas tetamu pulang baru Oyen berani duduk di ruang tamu.
Saya sedih bila kehilangan kucing sebaik Oyen, sampai sekarang saya berharap agar Oyen balik. Hati agak sebak melihat bakul tempat dia selalu tidur, dari kecil sampai besar walau tak berapa muat dia tidur jugak dalam bakul tu.
dan dibawah gambar Oyen yang lain :
minum air susu
Oyen teman saya buat kerja
Oyen dah besar :'( Rindu sangat nak peluk