HOTTEST FOLLOWER ^_^

Tuesday, April 23, 2013

MANA NAK BELI TUDUNG ONLINE MURAH??

Hai semua blogger dan pembaca blog, di pagi yang hening ini aku nak berceloteh tentang tudung yang di jual secara online yang makin lama, makin banyak kedai-kedai online yang menjual tudung. Ok aku ni jenis tidak suka memkai tudung yang mahal-mahal , cukuplah tudung paling mahal RM50 .

Bagi aku tidak perlu menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk sehelai tudung, adalah lebih baik duit itu kita sedekah pada fakir miskin atau mangsa-mangsa peperangan zaman sekarang, atau pun menjaga kebajikkan haiwan-haiwan yang terbiar  . 

Namun ini semua atas kestabilan keewangan masing-masing, tepuk dada tanya iman ^^,
 Ok bawah ni senarai-senarai kebaikkan dan keburukkan membeli tudung secara online dari sudut pandangan mata aku :

KEBAIKKAN :
~ Tidak perlu memandu, isi petrol jimat masa dan tenaga.
~Tidak sakit leher mendongak-dongak dalam kedai memilih tudung-tudung
~Tidak berpeluh dan berpusu-pusu dengan orang ramai
~Boleh ambil masa lama untuk memilih yang paling berkenan, duduk depan laptop 4 jam pilih sampai biru mata =]
~Sambil makan boleh pilih tudung yang anda suka ^^,

KEBURUKKAN:
~Sesetengah orang memang tidak suka beli secara online kerana tidak dapat melihat dan menyentuh material yang di jual oleh penjual.
~ Warna tudung mungkin berlainan semasa di dalam gambar dan setelah di terima warna terlebih terang atau pudar.
~Bagi aku? aku tak suka nak beli online tetapi pihak penjual tidak meletak harga. Aku akan buka album bila tiada harga aku terus tutup tab.
~Aku tak suka beli jika harga tudung tu melampau-lampau mahal, sebab apa mahal? mereka terpaksa tanggung kos untuk fotoshoot dan model bagi setiap tudung . Cukuplah patung sahaja menjadi model, make up cute-cute patung tu , jimat kos bukan??

Sekarang ini aku ada 2 tempat yang menjadi kegemaran bila aku nak shopping online, bukan selalu . Aku usya-usya ternyata harga masih lagi berpatutan dan penjual-penjualnya peramah .
SILA CLICK GAMBAR UNTUK TERUS PERGI KE KEDAI ONLINE MEREKA


2 comments:

  1. Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Banyak tudung dan shawl2 yang menarik dari HV collection.Jangan lupa follow juga ye.. =)

    Terima kasih
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sayA suke tgk al humaira contemporary cantek sgt design

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...