HOTTEST FOLLOWER ^_^

Thursday, December 6, 2012

IBU KOLAGEN ASLI / PURE MARINE COLLAGEN

Hi girl , kali ni Gee nak post pasal kolagen asli yang terbaik dan sangat murah ! Percaya atau tidak memang sangat berbaloi jika anda mengamalkan kolagen rumpai laut dari segi modal dan ia betul-betul berkesan kerana tidak mempunyai sebarang kimia campuran , rumpai laut ini hasil dari nelayan-nelayan yang menternak rumpai laut di daerah-daerah Sabah.

Tiba masanya Gee mencuba kolagen ini . Gee baru je pesan 300gram rumpai laut  yang gred A dan gred AAA . Tadi baru rebus tak sabar nak cuba , masa dah rendam kolagen tu dalam air  dia kembang jadi perlukan bekas yang besar masa nak rendam semalaman . Hehehe Gee tak tunggu semalaman pun sebab Gee rendam kolagen yang warna kuning tu Gred A sebab terbaca yang gred AAA lebih pekat bau . Bila rendam dan banyak kali salin air lepas tu ramas-ramas , Geen rendam kolagen dalam masa 5 jam je tau lepas tu rebus dalam periuk besar letak 2 helai daun pandan . Agak berbau laut tapi Gee ni jenis boleh telan je apa saja , ikan sungai pun Gee sebat so tak kisah pasal hanyir ke , bau laut atau lain-lain ;P

Masa tengah gelegak dalam periuk tu Gee kutip buih-buih gelegak warna putih letak dalam piring kemudian tunggu dia sejuk dan sapu pada bahagian muka . Tau tak apa? Sangat-sangat tegang selepas dalam 10-15 minit kulit rasa halus selepas cuci ! Hebat mula-mula guna dah menunjukkan hasil terbaik pure marine collagen ni . Rugi tak beli sekilo terus =.=!

Ni lah rupa ibu kolagen asli atau pure marine collagen :
GRED A WARNA KUNING
GRED AAA WARNA UNGU

Tips Penyediaan Rumpai Laut @ Marine Collagen

Atas Permintaan Ramai Tertanya Tanya Bagaimana Nak Sediakan Rumpai Laut @ Marine Collegen Ini, Sini Kami Ingin Kongsi Beberapa Tips Kepada Anda

Kolagen rumpai laut dari spesies terbaik, Euchim

a cottoni, diusahakan secara organik, berwarna keemasan dan bergred AAA. Sangat kenyal/liat dan masin (rasa air laut) selepas melalui proses pengeringan di bawah terik matahari, tapi menjadi amat lembut (kembang) selepas direndam semalaman (juga sudah tawar rasa nya). Sebab itu anda perlu membasuhnya beberapa kali sebelum direndam dan beberapa kali lagi selepas semalaman direndam, kemudian ditos dan direbus dengan air secukupnya (2.5-3 liter air).


Selesai direbus, kolagen rumpai laut hancur dan menjadi seperti gel/jeli/agar2. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Ambil 3-4 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur, boleh dimakan begitu saja tanpa campur apa2 atau dimasukkan dalam jus minuman kegemaran.

Kelebihan menggunakan kolagen asli ini, selain harganya yang jauh lebih murah dan bebas kimia, serta dapat dipelbagaikan rasa apabila diambil bersama minuman kegemaran, ia juga memiliki keistimewaan untuk dibuat masker wajah.

Caranya, cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas. Lebih elok jika diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang2 pori kulit, kemudian baru sapu gel kolagen ini di serata wajah dan leher. Biar ia kering sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum dicuci esok pagi. Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya pori2 kulit wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk hasil yang lebih menawan.

Selain penyediaan masker wajah asas ini, anda juga boleh mencampurkan nya dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit. Contohnya untuk kulit berminyak, sebatikan gel kolagen ini bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan dibiar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

Bagi mereka yang berkulit normal pula, campuran madu bersama gel kolagen ini lalu dibuat masker wajah, akan membuatkan kulit mereka tampak lebih berseri, segar dan bercahaya. Manakala bagi yang berkulit kering, boleh cuba mencampurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan anda tampak lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.

Walau bagaimana pun, pengambilan kolagen ini sebagai pemakanan tambahan setiap hari akan memberikan kesan langsung terhadap kesihatan dalaman diri anda secara keseluruhan, dan akan terserlah di luaran melalui wajah serta kulit badan yang tampak segar dan berseri dari hujung rambut ke hujung kaki..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...