HOTTEST FOLLOWER ^_^

Friday, November 30, 2012

PETUA UNTUK HAMIL GUNA DAUN BUNGA RAYA =]

Salam and hai untuk sesiapa yang sudi membaca blog Gee terima kasih di ucapkan. Sekarang dah 8 bulan menjadi isteri orang, memang perubahan yang nyata bertambah lemak-lemak dan hilang segala diet mayet yang telah saya displinkan diri selama ini , Sebab bahagia sangat kut, makan apa yang ada, tak ada pantang =.="
Risau , seram tengok cermin yela body naik mendadak lepas nikah , tapi yang agak kecewa belum ada rezeki tanda-tanda nak dapatkan baby . Bunyi macam senang je kan ? Kalau la senang seperti masak mee segera tak lah hati ni resah je memikirkan dan ikhtiar macam mana nak bagi subur sikit , bagi kitaran haid lancar setiap bulan, biasalah kaum perempuan selepas nikah mesti kitaran haid menjadi tidak teratur.
Saya ni suka menggoogle mencari petua-petua yang tidak menggunakan kos yang mahal , jadi terjumpalah satu petua melancarkan kitaran haid dengan meminum air jus daun bunga raya . 

Yang diminumnya air DAUN bunga raya warna merah pekat berkelopak 5 . Warna-warna lain tidak pula di sebut berhasil atau tidak , jadi ini lah usaha yang menjimatkan kos bagi yang sedang merancang untuk hamil . Disini saya berkongsi pula petua tersebut bagi membantu kawan-kawan wanita yang tengah berusaha nak hamil , insyaallah dengan berkat doa, dan usaha manalah tahu selepas mencuba terlekat ke  hehehe rezeki semua ditentukan oleh Allah S.W.T .

Cara :
1. Petik daun bunga raya (bewarna merah pekat berkelopak 5) daunnya sahaja ya . Guna dalam 6-7 helai jika daun besar , jika kecil gunakan dalam 9-11 helai . Tidak kisah sama ada pucuk atau daun yang berwarna hijau pekat boleh campur . (Jangan ambil yang sudah kering cukuplah :P )
2 . Basuhkan daun tersebut dengan air suam dan rendamkan kedalam air suam supaya daun tersebut bersih dan selamat untuk di minum . Terpulanglah nak rendam 10 minit ke , 5 minit ke , 1 jam ke =]
3. Kisarkan daun bunga raya dengan air suam di dalam blander , air jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit . Agak-agak nanti dah tapis dapat dalam setengah mug ya .
4. Tapis air yang dikisar tadi supaya kita dapat jus daun tersebut ,dan buang patinya.  Nanti anda akan dapat air yang agak belendir dan bewarna hijau . 
5. Sudah siap air daun bunga raya kita, boleh lah minum terus . Jangan lupa selawat sebanyak tiga kali , dan niat dalam hati sebelum minum .
Jadi hasilnya sebegini ye :
Macam rupa air tebu je kan? hehehe

Air bunga raya boleh minum selepas habis haid sekali je dalam sebulan , menurut penulis petua itu keluarganya mencuba dan dia juga mencuba dan berjaya hamil . Insyaallah kita usaha je , doa dan tawakal . Jangan lupa catat ya tarikh period dari bulan ke bulan , dengan minum air ini ia dapat membantu melancarkan kitaran haid dan inysaallah memudahkan proses kehamilan. 

1 comment:

  1. salam saya haid x lancar,,, blh k buat air ni.. sbb ni dh 2 bln x period

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...